Search This Blog

Friday, January 21, 2011

SEJARAH-PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURA


PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURA
SHTI GAGAL MEMAJUKAN PULAU PINANG
1.       SHTI gagal emajukan Pulau-Pinang
a)      Kedudukan pulau pinang terlaulu jauh dari selatan selat melaka menyebabkanya gagal bersaing sebagai pelabuhan entrepot.
b)      Kebanyakan kapal dagang berdagang di betawi, riau dan lingga.
2.       Perdagangan dengan cina menjadi penting pada kurun ke-19. SHTI memerlukan pelabuhan yang stategik untuk menguasai laluan perdagangan antara india dan cina.
3.       Perang Napoleon meletus pada tahun 1793 hingga 1814. Bagi mengelakkan wilayahnya jatuh ke tangan Perancis, Belanda menandatangani surat-surat KEW dengan kerajaan british pada tahun 1795.
4.       Persetujuan menurut surat-surat Kew 1795:
a.       Belanda menyerahkan semua tanah jajahanya di Timur kepada British secara sementara.
b.      Brtitish dikehendaki memulangkan tanah jajahanya kepada Belanda apabila perang Napoleon berakhir.
5.       Selepas berakhirnya perang napoleon, British terpaksa menyerahkan semula tanah jajahan Belanda di Timur. British terpaksa mencari pelabuhan baru dan usaha Stanford Raffles membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau tidak Berjaya.
Singapura Pangkalan Perdagangan Yang Strategik.
1.       Raffles encadangkan kepada Gabenor SHTI supaya mengambil Singapura. Raffles mencadangkan singapura kerana beberapa factor:
a.       Kedudukan Singapura dikatakan strategic kerana berada di Sleatan tanah melayu.
b.      Singapura juga sesuai dijadikan pelabuhan bebas dan boleh menyaingi pelabuhan belanda di Betawi.
c.       Raffles yakin singapura dapat menyekat Monopoli Belanda.
2.       Walaubagaimanapun Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Abdul Rahman di bawah pengaruh Belanda dan pusat pentadbiranya di Lingga.
Taktik Raffles mengambil singapura.
1.       Sejak   1811, Singapura dan Tanah Besar Johor diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman.
2.       Pada 12 Januar1 1819, Raffles tiba di singapura bersama angkatan perang British.
3.       Pada 30 Januari, Raffles memaksa temenggung Abdul Rahman menandatangani satu perjanjian untuk membenarkan British mendirikan Loji di Singapura. Temenggung Abdul Rahman terpaksa akur.
4.       Syarat-syarat perjanjian pada 30 januari 1819.
a)      SHTI dibenarkan mendirikan loji di Singapura
b)      SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri.
c)       SHTI akan membayar 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung.
d)      SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat sebarang hubungan dengan kuasa Barat yang lain.
5.  Perjanjian tersebut tidak mendapat persetujuan Sultan Abdul Rahman (sultan Johor) dan dikatakan tidak Sah. Raffles telah menghidupkan semula masalah perwarisan tahta.

Masalah perwarisan takhta Johor 1812
A.      Sultan Mahmud III yang mangkat di Lingga pada tahun 1812 meninggalkan dua orang putera, Tengku Hussein dan tengku Abdul rahman.
B.      Menurut adat istiadat Melayu Johor, penghanti sultan perlu dilantik sebelum upacara pemakaman almarhum sultan dapat dijalankan.
C.      Pada masa itu, Tengku Hussein berada di Pahang, kerana melangsung perkahwinan dengan anak Bendahara Pahang. 
D.      Yamtuan Muda Johor , Raja Jaafar dengan sokongan Belanda melantik Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan johor di Lingga. 
E.       Tengku Hussein kecewa tidak ditabalkan sebagai Sultan Johor.
6.  Raffles  berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein  ke Singapura untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor.
7. SHTI berjanji untuk mengiktirah Tengku hunssein sebgai sultan johor sekiranya tengu Hussein mengiktiraf perjanjian yang telah dibuat.
8 .  Pada 6 Febuari 1819, Sultan Hussein mengiktiraf penrjanjian Raffles dengan  Temenggung Abdul Rahman .
9.  kesan pengikhtirafan tersebut:
a)      SHTI mula bertapak secara rasmi di singapura
b)      Johor mempunyai dua sulta;
                                                         i.            Sultan abdul Rahman yang bersemayam di Linggan
                                                       ii.            Sultan Hussein yang bersemayam di singapura.

SHTI Mencengkam Singapura.
1.       Raffles mendapati perjanjian 1819 dengan Temenggung Abdul Raman tidak membolehkan beliau menguasai Singapura sepenuhnya.
2.       Pada 7 jun 1823, Raffles menandatngani satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman .

Syarat-syarat Perjanjian 7 Jun 1823
A.      SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan Pulau-puau berdekatan dengannya.
B.      Undang-undang British dikuatkuasakan di Singapura
C.      Sultan akan menerima bayaran sebanyak 1500 dolar sepanyol dan Temenggung menerima 800 dolar Sepanyol setiap bulan.
D.      Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tokang cina.

     3. pada 2 Ogos 1824, satu lagi perjanjian ditandatngani antara John Crawfurd, Residan Singapura, Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

Syarat-syarat Perjanjian 2 Ogos 1824
A.      Sultan Hussein dan Temenggung Abduk Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI selama lamanya
B.      Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh terus menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.
C.      Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang  di Johor dan Wilayah takluknya.

 4.  SHTI kemudian mengarahkan Temenggung Abdul rahman memindahkan pentdbiranya dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga dengan alasan untuk memajukan Singapura.
5.   SHTI juga mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga.
6.   Sultan Hussien yang kecewa dengan syarat perjanjian  2 Ogos 1824 meninggalkan istana Baginda di Kampung Gelam dan menetap di Bandar Hilir, Melaka.
7.  Pada tahun 1866, pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Teluk Belangan ke Johor Baharu.               

1 comment: