Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Nota Geografi Tingakatan 1


Nota pengajaran Geografi

Pengenalan tentang Ilmu Geografi
Geografi ialah ilmu sains yang mengkaji perkara-perkara yang berkaitan manusia dan alam sekitarnya.  Kajian geografi mencakupi bidang manusia dan fizikal. Disiplin geografi ialah kajian tentang bentuk muka bumi dan unsur-unsur seperti manusia,pola petempatan,fenomena akibat aktiviti manusia atau semula jadi. Ianya terbahagia kepada dua cabang ilmu iaitu geografi fizikal dan geografi manusia.Perkataan geografi adalah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu “ge” (bumi) dan “graphon”(menulis).Ciptaan perkataan “Geographia” pula merupakan “deskripsi tentang bumi”.Geografi juga digunakan untuk memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur-unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi. Menurut pandangan Richard Hartshorne (1959) ialah geografi adalah berkaitan dengan pembekalan diskipsi dan tafsiran yang tepat, bertertib dan rasional tentang sifat permukaan bumi yang berubah.
Geografi adalah ilmu tentang lokasi dan variasi keruangan atas fenomena fizikal dan manusia di atas permukaan bumi. Kata geografi berasal dari Bahasa Yunani yaitu gĂȘ ("Bumi") dan graphein ("menulis", atau "menjelaskan"). Geografi lebih dari sekadar kartografi, kajian tentang peta. Geografi tidak hanya menjawab apa dan dimana di atas muka bumi, tapi juga mengapa di situ dan tidak di tempat lainnya, sering kali pula diertikan dengan "lokasi pada ruang;. Disiplin geografi merangkumi kajian yang berhubung kait dengan alam dan manusia. Ia juga mengkaji akibat yang disebabkan dari perbezaan yang terjadi diantara fenomena fizikal dengan fenomena manusia. Memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur-unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi adalah fokus utama bidang geografi. Untuk menjadikan disiplin geografi lebih bersistem maka ia telah dibahagikan kepada dua cabang yang utama iaitu geografi manusia dan geografi fizikal.

Kedudukan
1.       Kedudukan ialah tempat letaknya sesuatu objek atau tempat.
2.       Kedudukan terdiri daripada  dua jenis iaitu:
a.       Kedudukan relative
b.      Kedudukan mutlak
3.       Kedudukan mutlak ditentukan dengan menggunakan titik kordinat manakala kedudukan relative dengan menggunakan titik rujukan.
4.       Kedudukan berdasarkan kordinat merujuk kepada lajur dan baris.
Kordinat
1.       Kordinat ialah persilangan antara lajur dengan baris yang menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2.       Garisan menegak pada peta atau pelan dikenal sebaai lajur manakala garis mendatar pula dikenal sebagai baris.
3.       Baris dinomborkan dari hadapan ke belakang manakala lajur dinomborkan dari kiri ke kanan.
4.       No lajur akan disebutkan dahulu kemudian diikuti no baris. Contohnya kedudukan khairul pada lajur 04, baris 02. Maka kedudukan khairul ialah 0402.
Kedudukan relative
Kedudukan relative ditentukan berdasarkan titik rujukan.
Titik rujukan ialah tempat yang berada disekeliling kedudukan relative yang ingin digambarkan. Contohnya kedudukan smk jelai (f) ialah disebelah kanan kelinik kesihatan gigi. Oleh itu klinik kesihatan gigi ialah titik rujukan.





ARAH

1.       Arah digunakan untuk menetukan kedudukan sesuatu tempat.
2.       Terdapat empat arah mata angin utama iaitu
a.       uatara (U)
b.      selatan (S)
c.       timur (T) dan
d.      barat (B).

3.       Diaantara keempat-empat arah mata angin ini terdapat empat lagi arah mata angin iaitu:
a.       Timur laut (TL)
b.      Tenggara (TG)
c.      
Utaraa
 
Barat daya (BD)
d.     
BL
 
Barat laut (BL)








Selatan
 
 









4.       Arah sesuatu tempat dapat ditentukan berdasarkan beberapa cara iaitu:
a.       Arah terbit dan terbenam matahari
b.      Bintang-bintang pada waktu malam
c.       Arah mata angin kompas magnatik

KOMPAS MAGNETIK
1.       Kompas magnetic ialah satu alat yang  mempunyai jarum yang diperbuatdaripada magnet.
2.       Hujung  jarum  teresebut ditandakan dan sentiasa menunjukkan ke arah utara bumi.
3.       Pada permukaan kompas ditandakan dengan empat  arah mata angin uatama dan terdapat juga kmpas yang ditandakan dengan 8 arah mata angin.
4.       Semasa menggunakan kompas magnetic, kompas haruslah dijauhkan daripada benda yang diperbuat daripada besi.
5.       Kompas juga haruslah diletakkan pada permukaan yang rata untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

1 comment:

  1. assalamualaikum.
    saya nk tanye, apakah perkaitan kedudukan relatif dengan 8 arah mata angin?

    ReplyDelete