Search This Blog

Sunday, January 9, 2011

Sambungan… SHTI Mungkir Janji


Nota Geografi Bab 1, Kedudukan Strategic Mendorong Penguasaan British.
Sambungan…
SHTI Mungkir Janji
1.       Pada tahun 1786, Sultan Abdullah menuntut SHTI memberikan bantuan seperti yang telah dijanjikan dalam perjanjian Inggeris –Kedah 1786. Namun SHTI enggan memberikan bantuan.
a)      SHTI mendakwa bahawa perjanjian tersebutadalah antara Sultan Kedah dengan Francis Light dan SHTI tidak terlibat dalam perjanjian tersebut.
b)      SHTI juga mahu memelihara kepentingan perdagangannya dengan Siam.
2.       Oleh Kerana SHTI enggan memberikan bantuan, Sultan Abdullah telah mendesak Frncis Light meninggalkan Pulau Pinang, tetapi Francis Light enggan.
3.       Francis Light menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Kedah . Sultan Kedah menyediakan angkatan Tentera laut yang terdiri daripada Riau, Siak, dan Selangor.
4.       Francis Light Pula mendapatkan bantuan daripada British untuk menyerang kubu Sultan Kedah di Seberang Perai.
5.       Sultan Abdullah tewas dan Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah ditandatangani pada 1 Mei 1791. Antara syrat-syarat perjanjian:
a)       SHTI menduduki Pulau Pinang Secara rasmi
b)      SHTI membayar 6000 dolar sepanyol sebagai ganjaran kepada Sultan Abdullah setiap tahun.
c)       George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama.

No comments:

Post a Comment