Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Nota Sejarah Tingakatan 2( bab 1)


Nota sejarah tingkatan 2

Bab 1 : KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
1.1   Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) Di Pulau Pinang.

·         Pulau Pinang Menjadi Pangkalan SHTI
1.        kerajaan kedah sebagai kuasa marintim menarik minat SHTI.
a)      SHTI memerlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan pusat persinggahan, pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera.
b)      SHTI tidak boleh menguasai kedah kerana siam mengakui kedah negeri dibawah naunganya.
c)       Pulau Pinang yang merukpakan sebahagian daripada wilayah negeri kedah memenuhi keperluan SHTI kerana mempunyai kedudukan strategic di pertengahan laluan perdagangan.
2.       Sebab-sebab SHTI mahu mengambil pulau pinang sebagai pelabuhan baru.
a.       Pusat Pengumpulan Barang
                                                               i.      SHTI memerlukan teh dari Negara china kerana teh mendapat pasaran yang lebih baik di pasaran eropah.
                                                             ii.      Sebagai tukaran, china mahukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam.
                                                            iii.      Barang-banrang ini banyak terdapat di kepulauan melayu.
                                                           iv.      SHTI mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pengumpulan barang-banrang tersebut.
b.      Pelabuhan Persinggahan
                                                               i.      Pulau Pinang dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelayar sebelum  mereka berlayar ke canton, cina.
                                                             ii.      Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah bekalan air, makanan, dan kemudahan membaiki kapal.
                                                            iii.      Pulau Pinang juga sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsoon.
c.       Pangkalan Tentera.
                                                               i.      British bersaing dengan Perancis untuk menguasai perdagangan di India.
                                                             ii.      British mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya  di Kepulauan Melayu.
                                                            iii.       Dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan tentera. Tentera british dapat tiba di India dengan lebih  cepat selepas musim angin  Monson Barat Daya.

·         Kedaulatan Kedah Tercabar
                  1. Pada kurun ke-16, kerajan kedah mengamalkan dasar buka pintu.
a)      Hasil daripada itu, Kuala Kedah berkembang menjadi Kepulauan Melayu dan pusat perdagangan antara bangsa.
b)      Kemakmuran kedah menyulitkan usahanya mengekalkan kedaulatan kerana Kedah mula mendapat ancaman dalaman dan luaran.
2.  Kedah menghadapi ancaman daripada Orang Bugis.
a)      Pada akhir kurun ke 18, pertikaian dan perebutan takhta berlaku di kalangan pembesar.
b)      Pada tahun 1770, Sultan Muhamad Jiwa melantik Tengku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah.
c)       Pelantikan Tengku Abdullah tidak dipersetujui oleh kerabat diraja kedah kerana tunku  Abdullah bukan anak gahara.
d)      Kerabat diraja kedah membuat pakatan dengan Orang Bugis untuk Menentang Sultan Muhammad Jiwa.orang bugis yang dipinpin oleh Raja Haji Berjaya menyerang dan menawang Kuala Kedah dan Alor Star.
e)      Sultan Muhammad Jiwa terpaksa berundur ke Kangar.
f)        Sultan  Muhammad Jiwa berusaha mengembalikan kedaulatan kedah dengan mandapatkan bantuan firma Jourdain sullivian and de Sauza untuk menentang orang bugis.
g)      Pada tahun 1771, firma telah menghantar Prancis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa dan hasilnya ialah satu perjanjian ditandatangangi untuk membernarkan firma berniaga di Kedah.
h)      Sultan Muhammad Jiwa terpaksa membatalkan perjanjian tersebuat apabila firma enggan member  bantuan ketenteraan bagi menyerang orang bugis di Selangor.
3.  Kedah Juga Menghadapi Ancaman Daripada Siam.
a)      Kedah menghantar bunga emas kepada siam tiga tahun sekali sebagai tanda persahabatan.
b)      Semasa siam berperang dengan Burma (1753-1781), kedah menghentikan penghantaran bunga emas, wang serta tenaga manusia.
c)       Selepas perperanga Siam –Burma, Siam bankit semula menjadi kuasa yang kuat dan telah mengarahkan kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga buruh.
d)      Sultan Abdullah iaitu sultan kedah ketika itu terpaksa meminta bantuan SHTI untuk memelihara kedaulatan negeri kedah. Baginda telah menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI sekiranya SHTI sanggup melindungi kedah daripada ancaman siam.




1.2          Tipu Helah Francis Light Bagi Mendapatkan Pulau Pinang.

·         Perjanjian Ingeris-Kedah 1786
1.       kuasa belanda yang turut berkembang perdaganganya telah menagmalkan Dasar Monopoli. SHTI bimbang perdagangan mereka di tanah melayu akan terjejas berikutan dasar monopoli belanda.
2.       tawaran Sultan Abdullah untuk membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk mengukuhkan peluang perdagangan mereka. Pada tahun 1786, Francis Light menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah dengan Sulatan Abdullah.

Syarat-syarat Perjanjian Inggeris Kedah 1786
1.       SHTI akan membantu kedah jika kedah diserang oleh musuh.
2.       SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
3.       SHTI akan membayar wang pampas an sebanyak 30000 dolar sepanyol setahun kepada sultan kedah.

3.    Pada 11 ogos 1786. Bendera Union Jack mula dinaikan di Pulau Pinang. Francis light menamakan        pulau pinang .
a)      Francis light menamakan Pulau Pinang Prince of wales island dan petempatan mereka dinamakan  Geogetown sempena nama Raja England, King Geoge III.  Ini menandakan bermuanya penjajahan British di Tanah Melayu.

2 comments: