Search This Blog

Monday, August 8, 2011

contoh Kerja Kursus Geografi


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELAI (F)
73480, GEMAS, NEGERI SEMBILAN



KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
TINGKATAN 2
2011


FAKTOR PENCEMARAN  AIR DI SUNGAI PASIR BESAR


NAMA MURID :
TINGKATAN     :
NAMA GURU   :


__________________                                                                                                 _______________
    T.Tangan  Murid                                                                                                         T.Tangan Guru



Senarai kandungan


TAJUK                                                                                  MUKA SURAT
Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian

Rumusan

Rujukan

Lampiran




SENARAI KANDUNGAN


TAJUK
MUKA SURAT
Penghargaan
1
Pendahuluan
1
Objektif Kajian
1
Kawasan Kajian
2
Kaedah Kajian
4
Hasil Kajian
4
Rumusan
6
Rujukan

6
Lampiran
7



PENGHARGAAN

SYUKUR KEHADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT SAYA MNEYIAPKAN KAJIAN GEOGRAFI INI. WALAUPUN TERDAPAT PELBAGAI CABARAN DALAM MELAKSANAKAN KAJIAN INI DENGAN BAIK, NAMUN SAYA DAPAT MELAKSANAKANYA DENGAN SEMPURNA DENGAN BANTUAN DAN KERJASAMA DARIPADA BEBERAPA PIHAK.
            SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN PENGETUA SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN JELAI FELDA KERANA TELAH MEMEBERIKA KEBENARAN KEPADA SAYA UNTUK MENJALANKAN KAJIAN INI SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN. SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA EN KAHIRUL HAFIZI GURU GEOGRAFI KELAS KAMI KERANA TELAH BANYAK MEMBANTU KAMI DALAM MENYIAPKAN KAJIAN INI. SEGALA TUNJUK AJAR DAN BIMBINGAN YANG DIBERIKAN KAMI HARGAI DAN AMAT MEMBANTU KAMI.  TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA JUGA DITUJUKAN KEPADA KEDUA IBU BAPA KAMI KERANA TELAH BANYAK MENYUMBANGKAN TENAGA, MASA DAN WANG RINGGIT DALAM MEMBANTU KAMI MENYIAPKAN KAJIAN INI.
            KAMI JUGA INGIN MENGUNGKAPKAN PENGARGAAN KAMI KEPADA PEJABAT FELDA JSUNGAI BESAR KERANA TELAH MEMBERIKAN KERJASAMA YANG BAIK KEPADA KAMI. TERIMAKASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI BESAR KERANA TELAH MELUANGKAN MASA UNTUK MENJAWAB SOAL SELIDIK YANG TELAH KAMI EDARKAN. DIHARAP KERJASAMA SEPERTI INI AKAN KAMI PEROLEHI LAGI UNTUK DI MASA AKAN DATANG.





PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi tingakatan 2, semua pelajar diwajibkan untuk menjalankan kajian di lapangan. Kajian ini dijalankan selepas waktu sekolah. Murid-murid telah diberikan tajuk kajian mengikut kumpulan masing-masing. Kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang dipelajari di tingkatan 2.
            Kumpulan saya telah diberikan tajuk factor-fakroe pencemaran air dan kami telah memilih sungai pasir besar sebagai kawasan kajian kami. Tajuk ini bersesuaian memanangkan sungai tersebut memang semakin tercemar. Oleh itu factor-faktor pencemaran tersebut perlu dikaji bagi memudahkan pihak berwajib mengambil tidakan untuk mengurangkan pencemaran tersebut.
            Kami meyiapkan kajian ini dalam masa lapan minggu. Kemudian saya menulis lapora lengkap tentang kajian ini berasingan atau secara individu seperti yang disyaratkan.













Objektif kajian

Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut:
1.     Memerhatikan dan mengkaji tahap pencemaran air sungai pasir besar
2.     Menkaji punca-punca pencemaran air sungai pasir besar
3.     Menyenaraikan langkah-langkah mengurangkan pencemaran air sungai pasir besar.

Friday, January 21, 2011

SEJARAH-PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURA


PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURA
SHTI GAGAL MEMAJUKAN PULAU PINANG
1.       SHTI gagal emajukan Pulau-Pinang
a)      Kedudukan pulau pinang terlaulu jauh dari selatan selat melaka menyebabkanya gagal bersaing sebagai pelabuhan entrepot.
b)      Kebanyakan kapal dagang berdagang di betawi, riau dan lingga.
2.       Perdagangan dengan cina menjadi penting pada kurun ke-19. SHTI memerlukan pelabuhan yang stategik untuk menguasai laluan perdagangan antara india dan cina.
3.       Perang Napoleon meletus pada tahun 1793 hingga 1814. Bagi mengelakkan wilayahnya jatuh ke tangan Perancis, Belanda menandatangani surat-surat KEW dengan kerajaan british pada tahun 1795.
4.       Persetujuan menurut surat-surat Kew 1795:
a.       Belanda menyerahkan semua tanah jajahanya di Timur kepada British secara sementara.
b.      Brtitish dikehendaki memulangkan tanah jajahanya kepada Belanda apabila perang Napoleon berakhir.
5.       Selepas berakhirnya perang napoleon, British terpaksa menyerahkan semula tanah jajahan Belanda di Timur. British terpaksa mencari pelabuhan baru dan usaha Stanford Raffles membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau tidak Berjaya.
Singapura Pangkalan Perdagangan Yang Strategik.
1.       Raffles encadangkan kepada Gabenor SHTI supaya mengambil Singapura. Raffles mencadangkan singapura kerana beberapa factor:
a.       Kedudukan Singapura dikatakan strategic kerana berada di Sleatan tanah melayu.
b.      Singapura juga sesuai dijadikan pelabuhan bebas dan boleh menyaingi pelabuhan belanda di Betawi.
c.       Raffles yakin singapura dapat menyekat Monopoli Belanda.
2.       Walaubagaimanapun Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Abdul Rahman di bawah pengaruh Belanda dan pusat pentadbiranya di Lingga.
Taktik Raffles mengambil singapura.
1.       Sejak   1811, Singapura dan Tanah Besar Johor diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman.
2.       Pada 12 Januar1 1819, Raffles tiba di singapura bersama angkatan perang British.
3.       Pada 30 Januari, Raffles memaksa temenggung Abdul Rahman menandatangani satu perjanjian untuk membenarkan British mendirikan Loji di Singapura. Temenggung Abdul Rahman terpaksa akur.
4.       Syarat-syarat perjanjian pada 30 januari 1819.
a)      SHTI dibenarkan mendirikan loji di Singapura
b)      SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri.
c)       SHTI akan membayar 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung.
d)      SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat sebarang hubungan dengan kuasa Barat yang lain.
5.  Perjanjian tersebut tidak mendapat persetujuan Sultan Abdul Rahman (sultan Johor) dan dikatakan tidak Sah. Raffles telah menghidupkan semula masalah perwarisan tahta.

Masalah perwarisan takhta Johor 1812
A.      Sultan Mahmud III yang mangkat di Lingga pada tahun 1812 meninggalkan dua orang putera, Tengku Hussein dan tengku Abdul rahman.
B.      Menurut adat istiadat Melayu Johor, penghanti sultan perlu dilantik sebelum upacara pemakaman almarhum sultan dapat dijalankan.
C.      Pada masa itu, Tengku Hussein berada di Pahang, kerana melangsung perkahwinan dengan anak Bendahara Pahang. 
D.      Yamtuan Muda Johor , Raja Jaafar dengan sokongan Belanda melantik Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan johor di Lingga. 
E.       Tengku Hussein kecewa tidak ditabalkan sebagai Sultan Johor.
6.  Raffles  berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein  ke Singapura untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor.
7. SHTI berjanji untuk mengiktirah Tengku hunssein sebgai sultan johor sekiranya tengu Hussein mengiktiraf perjanjian yang telah dibuat.
8 .  Pada 6 Febuari 1819, Sultan Hussein mengiktiraf penrjanjian Raffles dengan  Temenggung Abdul Rahman .
9.  kesan pengikhtirafan tersebut:
a)      SHTI mula bertapak secara rasmi di singapura
b)      Johor mempunyai dua sulta;
                                                         i.            Sultan abdul Rahman yang bersemayam di Linggan
                                                       ii.            Sultan Hussein yang bersemayam di singapura.

SHTI Mencengkam Singapura.
1.       Raffles mendapati perjanjian 1819 dengan Temenggung Abdul Raman tidak membolehkan beliau menguasai Singapura sepenuhnya.
2.       Pada 7 jun 1823, Raffles menandatngani satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman .

Syarat-syarat Perjanjian 7 Jun 1823
A.      SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan Pulau-puau berdekatan dengannya.
B.      Undang-undang British dikuatkuasakan di Singapura
C.      Sultan akan menerima bayaran sebanyak 1500 dolar sepanyol dan Temenggung menerima 800 dolar Sepanyol setiap bulan.
D.      Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tokang cina.

     3. pada 2 Ogos 1824, satu lagi perjanjian ditandatngani antara John Crawfurd, Residan Singapura, Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

Syarat-syarat Perjanjian 2 Ogos 1824
A.      Sultan Hussein dan Temenggung Abduk Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI selama lamanya
B.      Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh terus menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.
C.      Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang  di Johor dan Wilayah takluknya.

 4.  SHTI kemudian mengarahkan Temenggung Abdul rahman memindahkan pentdbiranya dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga dengan alasan untuk memajukan Singapura.
5.   SHTI juga mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga.
6.   Sultan Hussien yang kecewa dengan syarat perjanjian  2 Ogos 1824 meninggalkan istana Baginda di Kampung Gelam dan menetap di Bandar Hilir, Melaka.
7.  Pada tahun 1866, pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Teluk Belangan ke Johor Baharu.               

Sunday, January 9, 2011

Sambungan… SHTI Mungkir Janji


Nota Geografi Bab 1, Kedudukan Strategic Mendorong Penguasaan British.
Sambungan…
SHTI Mungkir Janji
1.       Pada tahun 1786, Sultan Abdullah menuntut SHTI memberikan bantuan seperti yang telah dijanjikan dalam perjanjian Inggeris –Kedah 1786. Namun SHTI enggan memberikan bantuan.
a)      SHTI mendakwa bahawa perjanjian tersebutadalah antara Sultan Kedah dengan Francis Light dan SHTI tidak terlibat dalam perjanjian tersebut.
b)      SHTI juga mahu memelihara kepentingan perdagangannya dengan Siam.
2.       Oleh Kerana SHTI enggan memberikan bantuan, Sultan Abdullah telah mendesak Frncis Light meninggalkan Pulau Pinang, tetapi Francis Light enggan.
3.       Francis Light menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Kedah . Sultan Kedah menyediakan angkatan Tentera laut yang terdiri daripada Riau, Siak, dan Selangor.
4.       Francis Light Pula mendapatkan bantuan daripada British untuk menyerang kubu Sultan Kedah di Seberang Perai.
5.       Sultan Abdullah tewas dan Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah ditandatangani pada 1 Mei 1791. Antara syrat-syarat perjanjian:
a)       SHTI menduduki Pulau Pinang Secara rasmi
b)      SHTI membayar 6000 dolar sepanyol sebagai ganjaran kepada Sultan Abdullah setiap tahun.
c)       George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama.

Saturday, January 8, 2011

Nota Geografi Tingakatan 1


Nota pengajaran Geografi

Pengenalan tentang Ilmu Geografi
Geografi ialah ilmu sains yang mengkaji perkara-perkara yang berkaitan manusia dan alam sekitarnya.  Kajian geografi mencakupi bidang manusia dan fizikal. Disiplin geografi ialah kajian tentang bentuk muka bumi dan unsur-unsur seperti manusia,pola petempatan,fenomena akibat aktiviti manusia atau semula jadi. Ianya terbahagia kepada dua cabang ilmu iaitu geografi fizikal dan geografi manusia.Perkataan geografi adalah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu “ge” (bumi) dan “graphon”(menulis).Ciptaan perkataan “Geographia” pula merupakan “deskripsi tentang bumi”.Geografi juga digunakan untuk memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur-unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi. Menurut pandangan Richard Hartshorne (1959) ialah geografi adalah berkaitan dengan pembekalan diskipsi dan tafsiran yang tepat, bertertib dan rasional tentang sifat permukaan bumi yang berubah.
Geografi adalah ilmu tentang lokasi dan variasi keruangan atas fenomena fizikal dan manusia di atas permukaan bumi. Kata geografi berasal dari Bahasa Yunani yaitu gĂȘ ("Bumi") dan graphein ("menulis", atau "menjelaskan"). Geografi lebih dari sekadar kartografi, kajian tentang peta. Geografi tidak hanya menjawab apa dan dimana di atas muka bumi, tapi juga mengapa di situ dan tidak di tempat lainnya, sering kali pula diertikan dengan "lokasi pada ruang;. Disiplin geografi merangkumi kajian yang berhubung kait dengan alam dan manusia. Ia juga mengkaji akibat yang disebabkan dari perbezaan yang terjadi diantara fenomena fizikal dengan fenomena manusia. Memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur-unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi adalah fokus utama bidang geografi. Untuk menjadikan disiplin geografi lebih bersistem maka ia telah dibahagikan kepada dua cabang yang utama iaitu geografi manusia dan geografi fizikal.

Kedudukan
1.       Kedudukan ialah tempat letaknya sesuatu objek atau tempat.
2.       Kedudukan terdiri daripada  dua jenis iaitu:
a.       Kedudukan relative
b.      Kedudukan mutlak
3.       Kedudukan mutlak ditentukan dengan menggunakan titik kordinat manakala kedudukan relative dengan menggunakan titik rujukan.
4.       Kedudukan berdasarkan kordinat merujuk kepada lajur dan baris.
Kordinat
1.       Kordinat ialah persilangan antara lajur dengan baris yang menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2.       Garisan menegak pada peta atau pelan dikenal sebaai lajur manakala garis mendatar pula dikenal sebagai baris.
3.       Baris dinomborkan dari hadapan ke belakang manakala lajur dinomborkan dari kiri ke kanan.
4.       No lajur akan disebutkan dahulu kemudian diikuti no baris. Contohnya kedudukan khairul pada lajur 04, baris 02. Maka kedudukan khairul ialah 0402.
Kedudukan relative
Kedudukan relative ditentukan berdasarkan titik rujukan.
Titik rujukan ialah tempat yang berada disekeliling kedudukan relative yang ingin digambarkan. Contohnya kedudukan smk jelai (f) ialah disebelah kanan kelinik kesihatan gigi. Oleh itu klinik kesihatan gigi ialah titik rujukan.





ARAH

1.       Arah digunakan untuk menetukan kedudukan sesuatu tempat.
2.       Terdapat empat arah mata angin utama iaitu
a.       uatara (U)
b.      selatan (S)
c.       timur (T) dan
d.      barat (B).

3.       Diaantara keempat-empat arah mata angin ini terdapat empat lagi arah mata angin iaitu:
a.       Timur laut (TL)
b.      Tenggara (TG)
c.      
Utaraa
 
Barat daya (BD)
d.     
BL
 
Barat laut (BL)








Selatan
 
 









4.       Arah sesuatu tempat dapat ditentukan berdasarkan beberapa cara iaitu:
a.       Arah terbit dan terbenam matahari
b.      Bintang-bintang pada waktu malam
c.       Arah mata angin kompas magnatik

KOMPAS MAGNETIK
1.       Kompas magnetic ialah satu alat yang  mempunyai jarum yang diperbuatdaripada magnet.
2.       Hujung  jarum  teresebut ditandakan dan sentiasa menunjukkan ke arah utara bumi.
3.       Pada permukaan kompas ditandakan dengan empat  arah mata angin uatama dan terdapat juga kmpas yang ditandakan dengan 8 arah mata angin.
4.       Semasa menggunakan kompas magnetic, kompas haruslah dijauhkan daripada benda yang diperbuat daripada besi.
5.       Kompas juga haruslah diletakkan pada permukaan yang rata untuk mendapatkan bacaan yang tepat.